{VIDEO} Wanita hamil berdepan detik cemas didatangi lelaki baran, ini berlaku selepas itu

Seorang wanita hamil berdepan detik cemas apabila didatangi oleh seorang lelaki baran.

Menerusi video yang dimuat naik, sewaktu kejadian kereta yang dipandu oleh wanita berkenaan berhenti di persimpangan.

Demikian selepas mendapati kereta Vios putih di hadapannya tiba-tiba berhenti dan tidak menyangka pemandunya akan datang menyerang.

Seketika kemudian, lelaki yang juga merupakan pemandu Vios datang memarahinya sambil beberapa kali meminta agar wanita itu menurunkan cermin keretanya.

Disebabkan enggan berbuat demikian, lelaki tersebut memecahkan cermin kereta dipandu wanita berkenaan dengan menggunakan alatan tajam yang ditutup dengan kain.

Dalam kekalutan, kedengaran wanita itu berkata dia tidak berkenan dengan cara pemanduan lelaki terbabit yang sepertinya tiada hala tuju, sekejap ke kiri sekejap ke kanan.

Lelaki itu yang tadinya berani, kelihatan gugup apabila wanita tersebut ingin membawa kes tersebut ke balai polis dan sempat menawarkan diri akan membayar semula ganti rugi cermin yang pecah, manakala wanita itu perlu membayar kerosakan pada kereta Vios yang dipinjam.

Namun begitu, pemilik video tidak memaklumkan lanjut kejadian sebenar kerana menerusi rakaman yang diambil, kelihatannya ada sesuatu yang telah berlaku antara mereka berdua kerana wanita itu dari awal telah bersedia dengan telefonnya untuk merakam seperti ingin membuktikan sesuatu.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*