Isteri ‘tutup mulut’ suami rogol anak hingga lahirkan 2 anak

PASANGAN suami isteri ditahan pada Jumaat bagi membantu siasatan selepas anak mereka mendakwa dirogol bapanya sejak lapan tahun lalu sehingga melahirkan dua anak.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, polis menerima laporan mangsa pukul 11 malam 1 Mei lalu.

“Polis telah terima satu pengaduan mangsa berusia 20 tahun mengatakan menjadi mangsa rogol bapa kandungnya sejak dia berusia 12 tahun.

“Hasil siasatan awal dapati kejadian berlaku sejak 2016 sehinggalah kejadian terbaru pada 2024 dan semua kejadian berlaku dalam bilik rumahnya di Kampung Chuah, Port Dickson,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, kejadian itu pernah diceritakan kepada ibu mangsa namun tidak diendahkan.

“Ibu pengadu tidak mengendahkan aduan yang dibuat mangsa walaupun mangsa sudah melahirkan dua orang anak.

“Bertindak atas aduan mangsa, polis menahan pasangan itu pada 3 Mei lalu,” katanya.

Aidi Sham berkata, semakan rekod lampau mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah narkotik.

“Suspek sudah dibawa ke Mahkamah Seremban dan tahanan reman telah dibenarkan selama lima hari bermula 4 Mei hingga 8 Mei ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376B kerana sumbang mahram yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebatan,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*