“Terkedu bangun tidur motor hilang…” Lelaki berputih mata, RXZ kena rembat lepas ‘event’

“Terkedu bangun tidur motor hilang…” Lelaki berputih mata, RXZ kena rembat lepas ‘event’.  Belum pun hilang penat jalan jauh, beberapa individu yang mengikuti himpunan ‘RXZ Member 4.0’ pada Jumaat lalu putih mata apabila mendapati motosikal milik mereka hilang.

Menerusi hantaran Mohamad Adib, mereka menyedari kejadian itu selepas Subuh sewaktu menginap di ‘homestay’ Kampung Pak Tijah, Kuala Terengganu.

"Terkedu bangun tidur motor hilang..." Lelaki berputih mata, RXZ kena rembat lepas 'event'

Menurut kenyataan Adib, seramai dua orang pelaku disyaki terlibat dalam kejadian tersebut dan mereka telah membawa lari sebuah motosikal RXZ berwarna ‘purple yahoo’ dan sebuah RXZ ‘catalyzer’ berwarna biru.

Bukan itu sahaja, kesemua mereka yang berada di dalam ‘homestay’ terkedu apabila mengetahui rupanya mereka telah terperangkap.

Bermula dari pintu depan, tepi dan pintu belakang dikunci oleh pencuri tadi sebelum melarikan diri membawa motosikal yang diletakkan di luar rumah.

"Terkedu bangun tidur motor hilang..." Lelaki berputih mata, RXZ kena rembat lepas 'event'

Justeru itu, dengan adanya kuasa ‘viral’, amat besar harapan mereka agar orang ramai dapat bantu menjejaki semula kedua-dua buah motosikal yang hilang.

Turut baca

 

"Terkedu bangun tidur motor hilang..." Lelaki berputih mata, RXZ kena rembat lepas 'event'

"Terkedu bangun tidur motor hilang..." Lelaki berputih mata, RXZ kena rembat lepas 'event'

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*