{VIDEO} “Tak putus asa lambai tangan…” Lelaki jatuh ‘flyover’ lega akhirnya ada sudi berhenti tolong

Keadaan hujan lebat sememangnya menyukarkan pandangan pemandu kereta serta penunggang motosikal.

Bagaimanapun, pada hari itu nasib memihak kepada seorang lelaki apabila ada seseorang datang membantunya yang sedang terbaring lemah di tepi jalan.

Berkongsi detik kejadian, Muhammad Rafiq yang ketika itu lalu di kawasan berkenaan mendapati ada seseorang sedang melambai tangan sambil terbaring dalam hujan.

Dedah Rafiq, lelaki itu rupanya terjatuh daripada jambatan dan mengalami patah pinggang sehingga menyukarkannya untuk bangun.

Pun begitu, dia enggan mengambil risiko dan terpaksa meminta bantuan daripada pihak hospital untuk menghantar ambulans ke lokasi kejadian.

Terkesan dengan video itu, selain luah syukur netizen juga titip ucapan terima kasih buat pemuda berkenaan di atas kesudiannya membantu.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*