PRK KKB : Gambar Agong, PM atas 4WD, 2 lelaki disiasat bawah Akta Hasutan, direman tiga hari

:Dua lelaki disiasat bawah Akta Hasutan susulan meletakkan gambar Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan gambar perdana menteri pada kenderaan pacuan empat roda bersama bendera parti bertanding, pada kempen PRK Kuala Kubu Baharu.

Ketua Polis Hulu Selangor Ahmad Faizal Tahrim, berkata suspek berusia lingkungan 60-an juga disiasat mengikut Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Beliau berkata, dua suspek berkenaan direman tiga hari sehingga 7 Mei.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat timbalan pendakwa raya dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan pandangan dan arahan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, tindakan diambil susulan pihaknya menerima laporan dari seorang lelaki semalam, mendakwa berlaku penghinaan gambar Agong di atas kenderaan membawa sepanduk serta di belakang gambar tersebut terdapat bendera Pakatan Harapan.

“Sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mazda berwarna hijau dirampas,” katanya.

Beliau berkata, seorang daripada suspek didapati mempunyai rekod kesalahan lampau mengikut Seksyen 225 Kanun Keseksaan.

Ahmad Faizal turut menasihatkan parti politik tidak memainkan isu sensitif dengan mengeluar, mempamer, dan menyentuh isu 3R (agama, bangsa, dan diraja) kerana ia akan mewujudkan keadaan tidak harmoni dan ketidaktenteraman dalam masyarakat.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*