{VIDEO} KECOH | Belum reda isu ayam dan itik, kotak KFC tak bergambar pula jadi bualan

KECOH | Belum reda isu ayam dan itik, kotak KFC tak bergambar pula jadi bualan .  Selain menerima rungutan tentang saiz ayam yang makin kecil, syarikat makanan francais terkenal, KFC juga sebelum ini ada menerima aduan tentang servis mereka yang makin perlahan.

Itu tidak lain pastinya disebabkan oleh kekurangan tenaga pekerja.

Tidak terhenti di situ, salah seorang pelanggannya ada berkongsi pengalamannya sewaktu berbelanja di premis berkenaan, bilamana dia terkejut melihat bungkusan mereka.

Dalam paparan itu, kelihatan bungkusan ayam serta bekas air yang diterima berwarna putih, kosong tanpa logo.

Tidak seperti bungkusan yang diberi kepada pelanggan sebelum ini membuatkan dia rasa janggal.

Bagaimanapun, dia tidak memandang perkara itu sebagai satu isu, cuma sekadar berkongsi pengalaman andai ada yang pernah terkena nasib sama.

Rata-ratanya rancak berseloroh meminta agar pemuda itu jangan mengambil serius akan perkara itu kerana selepas makan, kotak tersebut akan dihumban ke tong sampah juga akhirnya.

Turut baca

 KECOH | Belum reda isu ayam dan itik, kotak KFC tak bergambar pula jadi bualan

1 Trackback / Pingback

  1. GEMPAR | 5 bilion orang akan mati jika perang nuklear Russia-AS berlaku - Sengat Daily

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*