{VIDEO} “Keterdesakan hidup bukan alasan…” Rider ‘kantoi’, curi barang dalam bakul motor

Keterdesakan hidup bukan alasan untuk seseorang melampaui batas dalam tindakannya.

Jika bertemu dengan orang baik, mungkin dia akan memaafkan dan jika bertemu dengan sebaliknya, buruk padah yang menanti.

Mengambil iktibar dari perkongsian nanmanjoi, menyaksikan tindakan seorang ‘rider’ tanpa rasa bersalah mengambil barang di dalam bakal sebuah motosikal di ruang parkir.

Menerusi rakaman CCTV di kawasan itu, kelihatan ‘rider’ berkenaan berhenti sebentar di sebelah sebuah motosikal.

Usai menyarung jaket kerja, tangannya dengan pantas mengambil bungkusan yang berada di dalam bakul motor tersebut sebelum berlalu pergi.

Pun begitu, pemilik akaun tidak memaklumkan lanjut lokasi kejadian serta laporan berhubung kecurian tersebut.

Cuma diingatkan kepada semua orang agar sentiasa berhati-hati sebelum melakukan sesuatu kerana di zaman serba moden ini, banyak pihak telah memasang CCTV berdekatan mereka.

Jika kerja kotor yang dilakukan itu kantoi, buruk padahnya kepada diri dan masa depan.

Turut baca]

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*