{VIDEO} “Sanggup berkaki ayam…” Bagi atlet Jamaica pinjam kasut, tindakan ‘coach’ Malaysia buat penonton sebak

Kepantasan jurulatih badminton Malaysia, Coach Hendrawan menjadi sorotan warganet ketika ini.

Ia susulan melihat detik mengharukan apabila jurulatih itu sanggup berkaki ayam di gelanggang badminton demi membantu pemain dari Jamaica.

Menerusi perkongsian di Tiktok, difahamkan kasut milik pemain Jamaica koyak di bahagian tapak dan terpaksa digunting dan dia terpaksa juga menggunakannya kerana jurulatihnya tidak membawa kasut simpanan.

Meskipun ada yang sudi menawarkan kasut mereka, namun saiznya tidak padan dengan pemain berkenaan.

Tidak lama kemudian, tampil seorang pemain dari Malaysia bertanyakan saiz kasut yang dipakai sebelum coach Hendrawan masuk gelanggang menghulurkan kasutnya pula.

Siapa sangka, saiz yang dipakai coach Hendra sepadan dan kelihatan raut wajah pemain itu tersenyum selepas menyarung kasut tersebut.

Barangkali lega kerana dapat menyambung permainan dalam keadaan selesa dan selamat dengan kasut yang dipinjam.

Meskipun reaksi coach tampak bersahaja, namun siapa sangka tindakannya membuatkan penonton sebak dan terharu kerana kepekaannya terhadap situasi tersebut.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*