{VIDEO} Gara-gara salah beli rokok, lelaki tetak, anak tiri sampai mati

GARA-GARA salah membeli rokok, seorang lelaki tergamak membunuh anak tirinya sendiri dengan kejam pada Jumaat lalu.

Kejadian yang berlaku di Desa Pebenan Wilayah Keritang dekat Indragiri, Hilir, Indonesia itu turut menjadi bualan warga maya.

Memetik laporan media antarabangsa, suspek yang dikenali sebagai Bos bertindak sedemikian selepas ibu mangsa tersilap membelikan rokok yang dipesan.

Ketua Polis Keritang, Ramli Samosir berkata, ketika kejadian, suspek berumur 49 tahun telah meminta isterinya yang juga ibu mangsa membelikan rokok.

Namun, rokok yang dibelikan tidak sama seperti yang dipesan.

“Ekoran daripada itu, suspek yang tidak berpuas hati terus memarahi wanita berkenaan.

“Tidak tahan ibunya dimarahi, Riandi (mangsa) terus mempertahankan ibunya sehingga berlaku pertengkaran antara suspek dan mangsa,” katanya.

Tambahnya lagi, keadaan menjadi semakin tegang apabila suspek tidak mengawal emosi dan terus mengambil sebilah parang sebelum cuba menyerang mangsa.

“Percubaan suspek menyerang mangsa pada kali pertama gagal apabila berjaya dihalang ibu Riandi.

“Mangsa cuba melarikan diri ke tepi kolam berdekatan sebelum suspek berjaya mengejarnya.

“Di lokasi kejadian, suspek terus menetak mangsa sehingga parah di lengan dan kepala serta terjatuh di dalam kolam.

“Suspek yang seperti naik hantu kemudiannya terus memijak kepala mangsa ke dalam air sehingga mangsa lemas sebelum melarikan diri,” jelasnya.

Katanya, penduduk kampung yang melihat kejadian itu terus melaporkan insiden tersebut selepas mengambil jenazah mangsa yang terapung di kolam berkenaan.

Suspek menyerah diri ke balai polis berdekatan beberapa jam selepas insiden itu berlaku dan mengaku bersalah atas kesalahannya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*