{VIDEO} “Menangis abang dengar suara kau dik, mantap!” – Budak lelaki ‘tapau’ lagu Iklim di majlis kahwin buat tetamu tergamam

Seakan sudah menjadi satu tradisi atau adat untuk majlis-majlis perkahwinan di Malaysia mengadakan sesi karaoke yang dinyanyikan oleh tetamu atau pihak keluarga pengantin

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan rata-rata tetamu yang hadir seakan terpukau selepas mendengar suara seorang kanak-kanak lelaki yang sedang berkaraoke.

Menerusi video tersebut, kelihatan kanak-kanak lelaki itu mendendangkan lagu berjudul ‘Bukan Niatku’ daripada kumpulan Iklim.

Kelihatan para tetamu yang hadir seolah tergamam dan seakan tidak mempercayainya.

Tetamu terus keluarkan telefon dan merakamnya

Malah, mereka dengan segera mengeluarkan telefon bimbit masing-masing untuk merakam nyanyian kanak-kanak berkenaan.

Tumpuan yang pada mulanya diberikan sepenuhnya kepada pasangan raja sehari di majlis tersebut dengan sekelip mata berubah kepada kanak-kanak itu.

“Menangis abang dengar suara kau dik, mantap. Pakai earphone untuk dengar bunyi yang baik,” tulis pemilik akaun di dalam video.

Lihat video penuh itu di bawah:

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*