“Umpama seorang ibu dan anak…takan tak boleh…” Guru wanita digantung tugas kerana cium pelajar lelaki

“Umpama seorang ibu dan anak…takan tak boleh…” Guru wanita digantung tugas kerana cium pelajar lelaki.

Seorang guru wanita sebuah sekolah tinggi kerajaan yang gambarnya mencium pelajar lelaki menjadi tular di media sosial, telah digantung tugas, lapor portal berita NDTV semalam.

Kejadian berlaku di Chikkaballapur semasa lawatan sambil belajar dan guru itu bertugas di Sekolah Tinggi Kampung Murugamalla.

Foto terbabit menunjukkan guru itu memeluk dan mencium pipi pelajar berkenaan.

Pelajar berkenaan pula mendukung guru tersebut sebelum gambar mereka tersebar di platform media sosial termasuk X sehingga mendapat kecaman netizen.

Selepas menerima aduan, seorang pegawai pendidikan melawat sekolah itu dan melakukan siasatan.

Jabatan pendidikan tempatan kemudian mengambil tindakan menggantung tugas guru berkenaan berdasarkan laporan pegawai tersebut.

Ketika disoal siasat pihak sekolah, dia memberitahu mereka bahawa ciuman itu umpama antara seorang ibu dan anak.

Guru dan pelajar itu mendakwa bahawa gambar itu adalah untuk simpanan peribadi tetapi ia kemudian telah dibocorkan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*