Terima rasuah RM1.6 juta, SPRM tahan peguam

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang peguam yang disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1.6 juta daripada seorang usahawan, tengah hari semalam.

Menurut sumber, suspek berusia 30-an itu ditahan di sebuah restoran makanan segera sekitar Ipoh, Perak pada kira-kira 12 tengah hari selepas menerima wang tunai RM100,000 termasuk dua keping cek bernilai kira-kira RM1.5 juta.

Sumber memaklumkan suspek, yang juga pemilik firma guaman, telah menghubungi mangsa kononnya dapat membantu menutup kes jenayah usahawan terbabit.

“Berdasarkan siasatan, wang rasuah itu akan dibahagikan kepada beberapa individu penting di beberapa agensi kerajaan sebagai balasan membantu menutup siasatan kes jenayah yang dihadapi oleh usahawan berkenaan,” katanya.

Pengarah SPRM Perak Ahmad Sabri Mohamed, ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan berkata permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Sesyen Ipoh.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*