Perikatan Nasional juga terpalit dengan rasuah – Ahmad Maslan

Perikatan Nasional (PN) tidak boleh mendabik dada kerana keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan kemenangan calon Pas bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hamzah menunjukkan mereka bukan parti yang suci dan bersih.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keputusan tersebut dengan jelas menunjukkan berlakunya politik wang atau sogokan kepada pengundi pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Katanya, slogan ‘bersih dan stabil’ yang ditonjolkan oleh calon-calon PRN pada PRU15, jelas tidak menggambarkan apa yang diperkatakan kerana juga melakukan salah laku bagi menarik pengundi.

Menurut beliau, tindakan yang diambil oleh UMNO Terengganu untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kerusi tersebut mempunyai asas yang kukuh berdasarkan kepada bukti-bukti yang ada.

“UMNO bersyukur dan berterima kasih dengan barisan peguam yang telah bekerja keras bagi memastikan bantahan yang dikemukakan berjaya memberikan kemenangan,” katanya ketika ditemui pada program ibadah korban UMNO Bahagian Pontian, semalam.

Sebanyak 19 ekor lembu disembelih pada program tersebut di mana dagingnya diagihkan kepada golongan asnaf dan fakir miskin di 117 cawangan UMNO dalam Bahagian Pontian.

Mahkamah Pilihan Raya yang bersidang pada 27 Jun lalu telah membatalkan kemenangan calon Pas, Datuk Ahmad Amzad Hashim bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada PRU15 lalu.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*