{VIDEO} Rogol anak tiri: Penghantar makanan dihukum penjara 45 tahun, 42 sebatan

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki didapati bersalah merogol anak tirinya dihumban ke penjara selama 45 tahun dan turut dikenakan 42 sebatan, oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Hakim Nooriah Osman membuat keputusan itu setelah tertuduh, 33 tahun, yang juga bekerja sebagai penghantar makanan, didapati bersalah terhadap empat pertuduhan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan (KK) dan satu pertuduhan mengikut Seksyen 377CA KK.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 11 tahun di sebuah rumah di Kuala Nerus.

Kesemua kesalahan itu dilakukan tertuduh antara Jun 2021 hingga November 2021.

Bagi pertuduhan mengikut Seksyen 376 (3) KK, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan.

Turut baca :

turut dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan bagi kesalahan mengikut Seksyen 377CA KK.

Mahkamah kemudian mengarahkan hukuman penjara bagi pertuduhan pertama hingga ketiga berjalan secara berasingan.

Bagaimanapun, hukuman penjara bagi pertuduhan keempat dan kelima berjalan serentak dengan hukuman penjara bermula daripada tarikh sabitan iaitu hari ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim manakala tertuduh diwakili peguam, Abdul Rahman Razak.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*