Dua wanita ditahan, seludup pil yaba bernilai lebih RM120,000 di Kelantan

KELANTAN : Dua wanita ditahan kerana disyaki menyeludup 20,000 pil yaba yang dianggarkan bernilai RM128,480.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kedua-dua suspek yang berumur 32 dan 38 tahun itu ditahan di dalam sebuah kereta Perodua Myvi di tepi jalan Kampung Sering, di sini, Isnin lepas.

Beliau berkata polis telah memeriksa kereta berkenaan pada 2.30 petang dan menemukan satu tong putih yang di dalamnya terdapat satu guni mengandungi pil-pil yaba seberat 2,530 gram.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek didapati negatif dadah dan mereka direman selama tujuh hari bermula Selasa lepas sehingga Isnin ini,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Muhamad Zaki berkata kedua-dua wanita itu tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*