Padah goda suami orang, influencer dakwa dibaling telur, rupanya…

SEORANG pempengaruh Singapura dilarang memasuki Taiwan selepas dilaporkan sengaja membuat bahan kandungan (konten) palsu pada 9 Februari lepas.

Sebelum ini, influencer terbabit, KiaraaKitty atau nama sebenar Cheng Wing Yee mendakwa dibaling telur gara-gara dituduh cuba menggoda suami seorang wanita Taiwan.

Video ‘serangan telur’ ke atas dirinya sendiri itu kembali tular sejak Jumaat.

Jabatan Imigresen Taiwan dalam satu kenyataan berkata, Cheng ketika itu melakukan penstriman langsung di bandar selatan Kaohsiung, Taiwan apabila seorang individu mula membaling telur ke arahnya pada 9 Februari lalu.

Dalam siaran langsung di aplikasi Twitch, ‘individu’ dengan memakai pakaian dan selipar kedengaran menjerit dan memarahi Cheng menggunakan Bahasa Mandarin dan mendakwa Cheng telah menggoda suaminya.

Cheng kemudiannya berkata, dia diserang kerana kandungan dewasa yang dicipta pada satu platform berasaskan langganan.

Pada 10 Februari, Cheng memberitahu media Taiwan bahawa dia tidak mengenali identiti penyerang dan akan membuat laporan polis.

Bagaimanapun, polis Kaohsiung pada 11 Februari menjelaskan bahawa tiada sebarang laporan sebenanya dilakukan oleh Cheng.

Sebaliknya, siasatan polis mendapati, penyerang dalam video tersebut adalah pembantu Cheng iaitu seorang lelaki Singapura berusia 32 tahun bernama Xue.

Kedua-duanya didapati melanggar Akta Penyelenggaraan Ketenteraman Sosial kerana menyebarkan khabar angin yang menjejaskan ketenteraman awam.

Kes mereka dirujuk ke Mahkamah Daerah Kaohsiung.

Pada masa sama, Cheng turut diminta untuk mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka berhubung kejadian itu.

Dalam sesi siaran langsung pada 24 Februari lalu, Cheng dengan sebak mengakui kejadian itu adalah satu penipuan.

Agensi Imigresen Kebangsaan Taiwan berkata, Cheng dan Xue sudah meninggalkan negara itu sebelum Mahkamah Daerah Kaohsiung memutuskan kes itu dan mereka akan dilarang melawat Taiwan sehingga lima tahun sebagai hukuman atas perbuatan mereka yang dirancang itu.

Jabatan imigresen negara itu berkata, Taiwan mengalu-alukan kedatangan pelancong tetapi tidak akan bertolak ansur dengan perbuatan yang mengganggu keharmonian dan kestabilan sosial.

Dilahirkan di Hong Kong pada 2002 sebelum dibesarkan di Singapura, Cheng terkenal menjual barangan tidak konvensional seperti air mandiannya, pakaian dalam terpakai dan balang berisi kentut dengan harga ratusan dolar Singapura.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*