{VIDEO} Kejadian lelaki dipaksa naik kereta Toyota Alphard putih undang tanda tanya

Kejadian lelaki dipaksa naik kereta Toyota Alphard putih undang tanda tanya. Seorang lelaki berdepan detik mencemaskan apabila dia dipaksa oleh sekumpulan lelaki untuk mengikut mereka menaiki kereta Toyota Alphard berwarna putih.

Kejadian itu turut disaksikan oleh orang awam kerana pergelutan berlaku di tengah jalan dan kedengaran suara lelaki tidak berbaju itu meminta tolong.

Tidak lama kemudian, turun lagi dua orang daripada kereta tersebut membantu rakannya ‘mengangkut’ lelaki yang enggan mengikut mereka.

Walau bagaimanapun, sumber tidak memaklumkan lebih terperinci punca kejadian serta lokasinya kerana pihaknya hanya menerima video sahaja daripada pengirim.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*