Kecoh pelakon era 1990-an dituduh penipu dan tak tau malu

Kecoh pelakon era 1990-an dituduh penipu dan tak tau malu. Sudahlah menjadi mangsa penipuan seorang artis veteran dan isterinya berkenaan urusan dana harta warisan (heritage) bernilai kira-kira RM22.01 bilion (5 bilion Euro) di London, baru-baru ini.

Sebaliknya pelakon Effa Nareesha, 44, dan suaminya pula dituduh sebagai penipu oleh pasangan yang dikenali sebagai Ayahanda dan Bonda ini.

Malah mereka turut menakutkan Effa apabila mendakwa mahu melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa.

“Saya bersuara kerana mempertahankan hak kami. Mereka berjanji sama ada urusan ini berjaya ataupun gagal, kami tetap akan dibayar.

“Namun keadaan sebaliknya berlaku apabila kedua-duanya menghilangkan diri sehingga memaksa saya menularkan perkara ini di Facebook.

“Bagaimanapun ia dibalas oleh Bonda di Facebooknya. Dia menularkan muka kami dengan tulisan inilah orang yang mengugut bonda nak tuntut RM300,000,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya lagi, Bonda turut mempertikaikan kerja mereka yang dikatakan belum selesai tetapi sudah tuntut macam-macam. Dia juga mengatakan mereka sebagai muka tak malu.

Effa berkata, pasangan ini meninggalkan mereka di London untuk pulang ke Malaysia dan berjanji akan menghubunginya selepas itu.

“Disebabkan ada masalah, pasangan ini balik Malaysia. Mereka kata nak hidupkan semula kertas warisan ini kerana Ketua Pegawai Operasi Bank di sana kata ia palsu.

“Saya juga dengar mereka nak ke Indonesia dan suruh kami tinggal di London serta berjanji hubungi kami selepas itu. Dua bulan kami tunggu tapi langsung tiada apa-apa,” katanya.

Effa bertindak menularkan perkara ini supaya orang lain tidak menjadi mangsa terbaru penipuan mereka.

“Rupanya bukan saya seorang saja kena tipu. Ada juga yang lepas saya tularkan isu ini, hubungi saya beritahu pasangan ini berhutang RM21,000.

“Ayahanda pula pula suka pinjam duit orang. Bukan saya sengaja nak aibkan mereka tapi ini kebenaran,” katanya.

Tinjauan Harian Metro di Facebook peribadi Ayahanda mendapati tiada kemas kini dibuat.

Status kali terakhir dimuat naik artis senior terbabit ialah sempena Hari Kebangsaan pada 31 Ogos lalu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*