{VIDEO} “Ikat dia…ikat dia…” Padah cuba curi motosikal RXZ, 3 lelaki ‘lunyai’ dibelasah

“Ikat dia…ikat dia…” Padah cuba curi motosikal RXZ, 3 lelaki ‘lunyai’ dibelasah.

Padah cuba mencuri sebuah motosikal, tiga orang pemuda lunyai dibelasah orang awam baru-baru ini.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku pada Ahad dan video tersebut mula tular pada Isnin melalui laman X (Twitter), @khairulazizi75.

Berdasarkan loghat percakapan dan nombor pendaftaran motosikal tersebut, kejadian itu dipercayai berlaku di Utara Semenanjung Malaysia.

Melalui video berdurasi kurang seminit, kelihatan seorang lelaki yang didakwa terlibat dalam kes curi tersebut terbaring di tepi jalan.

Sementara itu, seorang lagi rakannya ditendang dan ditampar orang awam.

Pada masa sama, turut kelihatan seorang lagi lelaki dipercayai rakan subahat mereka ditumbuk bertubi-tubi di dalam kawasan semak tidak jauh daripada tempat kejadian.

Ketiga-tiga lelaki tersebut dipercayai mencuri sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ sebelum mereka dikejar oleh orang awam.

Turut kedengaran suara seorang lelaki yang juga perakam menjerit sambil merakam gambar ketiga-tiga suspek.

“Kes curi motor, kes curi motor,” jeritnya.

Namun begitu, setakat berita ini ditulis belum dapat dipastikan lokasi sebenar kejadian itu berlaku.

Pada masa sama, belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan oleh mana-mana individu yang terlibat ataupun pihak berkuasa.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*