“Saya datang nak hantar makanan saja…” Pasangan duda anak satu, janda anak lima ‘kantoi’ dibilik motel

“Saya datang nak hantar makanan saja…” Pasangan duda anak satu, janda anak lima ‘kantoi’ dibilik motel.

Pasangan duda anak satu dan janda anak lima dicekup kerana disyaki berkhalwat dalam operasi pencegahan jenayah syariah sempena sambutan tahun baharu di sebuah motel di sini, awal pagi ini.

Dalam operasi kira-kira pukul 1.15 pagi itu, seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun disyaki anak duda terbabit turut ditemui di dalam bilik motel tersebut.

Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) mengetuk pintu bilik motel dan memberi salam sebelum seorang lelaki membuka pintu dan membenarkan pihaknya menjalankan pemeriksaan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat tiga individu di dalam bilik tersebut iaitu lelaki berusia 40 tahun bersama anaknya berusia enam tahun dan seorang wanita berusia 32 tahun.

Turut baca :

“Lelaki terbabit yang bekerja di sebuah kedai makan memberi alasan hanya datang menghantar makanan kepada wanita berkenaan.

“Walau bagaimanapun, hasil soal siasat mendapati wanita yang tidak bekerja itu sudah seminggu tinggal di bilik motel itu yang dibayar lelaki tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Anwar Sharifudin, lelaki berasal dari Serdang, Bandar Baharu dekat sini dan wanita dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang mendakwa berkenalan di kedai makan iaitu tempat lelaki itu bekerja.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati mereka tidak memiliki sebarang dokumen menyatakan mempunyai hubungan mahram atau suami isteri dan disyaki berkhalwat,” ujarnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*