{VIDEO} “You masuk negara orang kena ikut undang-undang maa..” Lelaki ‘jerkah’ warga Singapura isi minyak subsidi RON95

“You masuk negara orang kena ikut undang-undang maa..” Lelaki ‘jerkah’ warga Singapura isi minyak subsidi RON95.

Tular satu video merakamkan kejadian seorang warga Singapura yang dipercayai mengisi kenderaannya dengan menggunakan minyak petrol subsidi (RON95) di sebuah stesen minyak di dalam negara.

Bagaimanapun, tindakan tersebut dikesan seorang lelaki yang tampil menegur perbuatan individu terbabit.

Di dalam klip berdurasi 27 saat yang tular sejak Ahad, lelaki yang merakam insiden berkenaan didengar memarahi individu itu dan mempersoalkan tindakannya yang cuba mengisi minyak subsidi ke kereta yang menggunakan nombor plat pendaftaran Singapura.

“Apa? Awak (warga) Singapura awak kena isi hijau (minyak RON97). Kenapa awak isi kuning (RON95)?” soalnya.

Lelaki warga Singapura terbabit kemudiannya dilihat gagal memberikan penjelasan berhubung tindakannya itu sebelum kembali meletakkan ‘nozzle pengisi minyak dan berjalan menuju ke arah kaunter stesen tersebut.

“Awak masuk orang punya negara, ikut undang-undang la,” ujar individu terbabit yang dilihat terus memarahi lelaki berkenaan.

Untuk rekod, Akta Kawalan Bekalan 1961 melarang penjualan pertrol bersubsidi jenis RON95 kepada kenderaan asing.

Di ruangan komen, rata-rata netizen melahirkan pujian terhadap lelaki yang berani menegur perbuatan berkenaan.

Turut baca :

Pada masa sama, terdapat juga warganet yang berpandangan tindakan menghalang perbuatan itu sepatutnya menjadi tanggungjawab pekerja di stesen minyak terbabit.

Malah, ada juga memberi pendapat supaya lelaki berkenaan mendedahkan lokasi stesen minyak tersebut.

“Lain kali dedah sekali station mana. Senang nak lapor dekat KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup)” tulis D5252.

“Lepas ini, bagi viral sekali stesen minyaknya. Biar lesen kena gantung,” lps nie dgn stesen2 mnyak skali kasi viral…. biar lesen kena gantung,” ujar FaisRoza.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi dan waktu sebenar kejadian yang berlaku dalam video tular terbabit.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*