Penganalisa : Kenyataan Hadi beri kesan buruk pada negara

Penganalisa politik antarabangsa Dr Bridget Welsh menafsirkan kenyataan Hadi Awang (Marang-PN) bahawa kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan jatuh memberikan kesan buruk kepada Malaysia.

“Hadi Awang secara tidak bertanggungjawab dan salah meramalkan kejatuhan kerajaan. Komen beliau akan mengganggu pelaburan, menyusahkan pembentukan peluang pekerjaan,” kata penyelidik bersekutu kehormat, Dr Bridget Welsh yang bertugas di Institut Kajian Asia, University of Nottingham, Kuala Lumpur.

Katanya, kenyataan ini turut akan meningkatkan polarisasi politik dan bertentangan dengan seruan agar semua bekerjasama untuk membina Malaysia yang lebih kukuh.

Dr Bridget Welsh merupakan penganalisa politik yang telah banyak menganalisa perkembangan politik Malaysia

Hadi dalam ucapan Belanjawan 2023 semalam meramalkan bahawa Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tumbang tidak lama lagi.

Sebaik sahaja selepas pilihan raya umum ke 15 lalu, Hadi mengumumkan partinya Perikatan Nasioanal (PN) sudah cukup jumlah Ahli Parlimen untuk membolehkannya membentuk kerajaan.

“Sudah cukup jumlah, lebih dari cukup,” kata Hadi kepada wartawan dari pintu keretanya yang menyebabkan ucapan itu diulang-ulang terhadap beliau selepas PN gagal membentuk kerajaan.

Profesor Pengajian Asia Dr James Chin dari Universiti Tasmania, Australia pula menyifatkan kenyataan Hadi sebagai usaha pemimpin Pas untuk memulakan kempen pilihan raya negeri (PRN) di enam buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan Kelantan dan Terengganu.

“Ucapannya hanya untuk penyokong Pas. Dia tidak peduli mengenai pengundi bukan Melayu. Ucapan Hadi juga memberi gambaran seolah-olah Anwar dikawal oleh ahli politik bukan Melayu.

“Justeru itu, ia adalah amat penting untuk Pakatan dan BN memenangi semula undi Melayu di dalam PRN,” kata beliau.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*