Waspada! Bandar Kota Tinggi ditenggelami lagi

KOTA TINGGI: Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak memasuki kawasan bandar Kota Tinggi susulan beberapa laluan telah dinaiki air.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Tinggi dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook memaklumkan, hingga pukul 8 pagi ini terdapat enam laluan telah dinaiki air.

“Elakkan masuk ke Bandar Kota Tinggi jika tiada urusan penting buat sementara kerana kebanyakan laluan utama telah dinaiki air.

“Jalan berkenaan ialah Jalan Tun Sri Lanang (Landmark Simpang Kampung Makam), Jalan Tun Sri Lanang (Bandar Kota Tinggi) dan Jalan Kota Kecil (Stesen Minyak Petronas).

“Tiga lagi jalan ialah Jalan Kota Tinggi-Kluang (Kampung Jawa), Jalan Kota Tinggi-Kluang (Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab) dan Jalan Kota Tinggi-Kluang (Kampung Batu 25),” demikian menurut kenyataan tersebut.

Hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyebabkan beberapa kawasan perumahan penduduk turut dinaiki air dan hingga kini sebanyak tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini yang menempatkan 123 mangsa daripada 32 keluarga.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*