Kuala Lumpur, Selangor dilanda banjir kilat lagi

Kuala Lumpur, Selangor dilanda banjir kilat lagi.

Keadaan hujan lebat yang berterusan sejak awal pagi tadi telah menyebabkan beberapa lokasi di ibu kota dinaiki air dan berlakunya banjir kilat.

Menerusi ciapan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) di Twitter memaklumkan antara kawasan yang terkesan adalah Jalan Cheras Petronas berhampiran pasar raya Billion menyebabkan kedua-dua arah ditutup.

Kuala Lumpur, Selangor dilanda banjir kilat lagi

“Antara jalan lain yang dinaiki air adalah Jalan Kampung Pandan, Sunway Velocity, Terowong Semarak berhampiran Pusat Latihan Polis (Pulapol) dan Bulatan Kampung Pandan menghala ke Jalan Sultan Ismail Jalan Imbi.

“Di Selangor pula, banjir kilat dikesan berlaku membabitkan kawasan di Plaza Tol Kemuning arah barat dan timur menyebabkan aliran trafik perlahan di kedua-dua arah,” ciapnya.

Sementara itu, menerusi kenyataan dikeluarkan Polis Kuala Lumpur, banjir kilat yang berlaku di Jalan Cheras Petronas berhampiran pasar raya Billion telah menyebabkan air naik setinggi paras lutut pada pukul 6.30 pagi tadi.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*