VIDEO | “Perempuan tak pernah salah…” Wanita selamba ambil gambar tengah jalan

“Perempuan tak pernah salah…” Wanita selamba ambil gambar tengah jalan.

Kemalangan sememangnya boleh berlaku di mana-mana sahaja, namun kadang kala ia berpunca dari kecuaian individu yang pentingkan diri sendiri.

Baru-baru ini, tular akan sebuah video memaparkan tindakan seorang wanita yang berhenti di tengah jalan bertujuan untuk mengambil gambar.

 

Dalam video dimuat naik TikTok UtusanTV Offical, dapat dilihat sebuah kereta bersama seorang wanita di tengah jalan mengganggu laluan tersebut.

Apa yang menarik perhatian, wanita berkenaan tidak berganjak dari mengambil gambar meskipun terdapat kenderaan lalu lalang berhampiran dirinya.

Rata-rata warganet berseloroh bahawa tindakan wanita itu pastinya ada sebab.

Malah mereka juga berpendapat bahawa wanita itu berkemungkinan telah sesat.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*