Baru dilantik ketua kampung, rumah ditembak lelaki bertopeng

Seorang wanita berdepan detik cemas apabila mendengar bunyi tembakan yang dilepaskan ke arah rumahnya.

Tembakan tersebut dilakukan oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dalam kejadian di Taman Muhibbah, Kuala Gula, Bagan Serai awal pagi tadi.

Menurut wanita itu, dia mengesyaki ada pihak yang tidak berpuas hati sehingga sanggup melakukan perkara tersebut selepas suaminya dilantik menjadi ketua kampung di kawasan tersebut

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada pemilik rumah tersebut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*