Bapa saudara mengaku salah jadi punca anak buah kritikal sebab dadah dipenjara 3 tahun

Bapa saudara mengaku salah jadi punca anak buah kritikal sebab dadah dipenjara 3 tahun.

Bapa saudara kepada kanak-kanak berusia tiga tahun yang kritikal akibat dadah dipenjara tiga tahun selepas dia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen pada Selasa.

Selain itu, tertuduh bernama Mohd Shahrizuan Alias, 32 turut dikenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun dengan cagaran RM3,000 dan khidmat masyarakat selama 180 jam.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan itu didakwa mendedahkan kanak-kanak tersebut kepada sesuatu yang berbahaya terhadap tubuh badan.

Ia adalah dadah berbahaya jenis metamphetamine dan morfin sehingga menyebabkan mangsa mengalami ‘drug toxicity’

Oleh yang demikian, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) akta sama apabila disabitkan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang kanak-kanak OKU berusia tiga tahun berada dalam keadaan kritikal selepas pihak hospital mendapati ada dadah dalam badannya.

Lebih tragis lagi, kandungan dos yang diterima olehnya juga melebihi had sehingga terpaksa ditidurkan mengenangkan keadaannya.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*