{VIDEO} Atlet kayak negara dirempuh pemandu mabuk, diseret 600 meter

Pemandu mabuk yang merempuh atlet kayak negara sehingga cedera parah di Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) menuju ke Southkey, di sini Sabtu lalu turut memiliki tujuh saman trafik tertunggak.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 4.30 petang semalam.

“Mangsa yang menunggang sebuah motosikal ketika itu dirempuh daripada arah belakang oleh sebuah kereta jenis Toyota Vios berwarna merah yang dipandu seorang lelaki berusia 30-an.

“Kenderaan tersebut dikatakan telah menukar lorong dari laluan tengah ke laluan kiri secara tiba-tiba menyebabkan kemalangan berlaku sehingga mangsa retak bahu kanan dan tulang pinggul, selain beberapa luka di bahagian kaki.

“Manakala pemandu yang disahkan mabuk selepas ujian pernafasan dibuat tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Raub, mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Columbia Asia Iskandar Puteri.

“Pemandu telah ditahan selama 24 jam sebelum dibebaskan dengan jaminan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta saksi kejadian untuk membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat di talian 014-6977122.

Terdahulu, Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dalam satu kenyataan mengesahkan mangsa merupakan Siti Nurul Masyitah Md. Elias, 22, merupakan penuntut semester enam jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal selain turut aktif sebagai atlet sukan kayak.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*