“Minta bukti jika benar…” Bekas KPN nafi dakwaan dibayar sindiket kelab malam

“Minta bukti jika benar…” Bekas KPN nafi dakwaan dibayar sindiket kelab malam.

Bekas ketua polis negara Musa Hassan menafikan dakwaan bahawa beliau dibayar oleh sindiket tertentu untuk “menyembunyikan” operasi mereka, sekali gus beliau menuntut bukti berhubung dakwaan tersebut.

Bekas ketua polis negara Musa Hassan

Akaun media sosial Edisi Siasat mendakwa sindiket “PJ Ming” yang dikatakan mempunyai rangkaian kelab malam membuat bayaran Musa untuk “menyembunyikan” operasinya dengan sebaliknya menonjolkan kelab malam lain yang terbabit dengan kegiatan dadah.

Turut baca

Ia turut mendakwa konco-konco Musa melantik orang tengah untuk merundingkan perjanjian tersebut.

“Jika ini benar, suruhlah polis tangkap PJ Ming. Namakan siapa PR mereka yang jumpa saya agar pihak polis boleh tangkap mereka,” katanya.

Minggu lepas Musa berkata, beliau mempunyai senarai kelab malam di Kuala Lumpur yang membekalkan dadah kepada pelanggan.

Katanya, senarai itu telah diserahkannya kepada Pengarah Jabatan Siasatan Narkotik Bukit Aman Ayob Khan Mydin Pitchay.

“Saya jumpa Ayob selama sejam di Kuala Lumpur tadi. Saya dah serahkan senarai itu semasa pertemuan,” katanya, semalam.

Musa mendakwa ada orang tengah yang menjadi pengantara kelab malam dengan pihak berkuasa untuk melindungi operasi mereka daripada diserbu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*