{VIDEO} “Bukan banyak pun…” Pembeli tak puas hati ambil kuah kena caj

“Bukan banyak pun…” Pembeli tak puas hati ambil kuah kena caj.

Seperti ramai sedia maklum, harga barang ketika ini sedang meningkat naik hingga membuat ramai pening kepala.

Bukan sahaja harga barang basah sahaja meningkat namun, harga makanan di kedai mahupun restoran juga akan menjadi mahal hingga ramai yang mengeluh.

Baru-baru ini, tular di media sosial akan video seorang lelaki yang kecewa apabila kuah yang diambil bersama makanan dikena caj oleh peniaga kedai tersebut.

Dalam video dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Faraysoff itu memaparkan lelaki berkenaan membeli sebungkus nasi dan mempersoalkan caj kuah terhadap makanan tersebut.

 

Video berdurasi itu turut memaparkan berlaku sedikit perbalahan diantara lelaki berkenaan dan juga peniaga gerai makanan itu.

Farayasoff turut berkongsi video lain yang menunjukkan berapa banyak kuah diambil hingga dikenakan caj oleh para peniaga.

Rata-rata warganet mempersolakan perkara tersebut. Malah, mereka juga bersetuju akan tindakan peniaga memandangkan ingin membuat kuah juga perlu menggunakan bahan-bahan.

Bagaimanapun, ada juga yang berharap peniaga agar bersedekah sahaja dengan kuah itu.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*