Kecoh !!! Terima cenderahati mi segera babi selepas derma darah

Kecoh !!! Terima cenderahati mi segera babi selepas derma darah.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan terhadap kes berkaitan pemberian cenderahati yang mengandungi mi segera berperisa daging babi cincang ketika program derma darah di pusat beli-belah di sini, kelmarin.

Kecoh !!! Terima cenderahati mi segera babi selepas derma darah

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, polis menerima laporan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai perkara berkenaan, 11.38 pagi semalam.

“Laporan berkenaan mengenai sebahagian daripada penderma darah menerima bungkusan cenderahati mengandungi mi segera dipercayai berperisa daging babi cincang.

Turut baca

Katanya, siasatan awal mendapati, program derma darah anjuran bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan hospital di sini diadakan di pusat membeli-belah di Batu Pahat kelmarin.

Menurut Ismail, selepas selesai menderma darah, mereka menerima bungkusan cenderahati daripada NGO berkenaan.

“Sebahagian penerima adalah beragama Islam mendapati didalam beg berkenaan terdapat mi segera dipercayai berperisa daging babi cincang.

“Susulan kejadian berkenaan, pihak polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat telah menubuhkan satu pasukan untuk menjalankan siasatan lanjut berkaitan dengan kejadian terbabit,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, beberapa individu dipanggil dan rampasan turut dilakukan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298A/504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara ataupun denda atau kedua-duanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*