Angin kencang, hujan lebat, rugi RM2 juta 20 kereta mewah rosak ditimpa bumbung

Bumbung tiga buah kedai menjual kereta terpakai runtuh berikutan angin kencang dan hujan lebat di Jalan Skudai, Kampung Pasir, Tampoi, Johor Bahru.

Angin kencang, hujan lebat, rugi RM2 juta 20 kereta mewah rosak ditimpa bumbung. Lebih 20 buah kenderaan rosak akibat dihempap bumbung yang runtuh berikutan angin kencang dan hujan lebat di Jalan Skudai, Kampung Pasir, Tampoi di sini hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu melibatkan bumbung tiga buah kedai menjual kereta terpakai.

Seorang pekerja, Bohari Ahmad, 49, berkata, ketika kejadian dia bersama lapan pekerja berada di dalam pejabat, tiba-tiba terdengar bunyi dentuman yang kuat.

“Apabila saya keluar saya lihat bumbung telah runtuh dan saya lihat angin berpusing serta hujan lebat.

“Saya terus azan dan mengarahkan semua pekerja keluar dari pejabat kerana kedudukan pejabat terlalu hampir dengan bumbung yang runtuh,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurut Bohari, kejadian itu merupakan kali pertama berlaku sejak kedai kereta terpakai ini dibuka awal tahun 90-an.

Ujarnya, ketika kejadian terdapat kira-kira 100 buah kereta berada di dalam kedai tersebut yang berharga antara RM80,000 hingga RM100,000 termasuk kereta mewah jenis BMW, Audi serta Mazda.

Katanya, jumlah kerugian dianggarkan kira-kira RM2 juta termasuk kerosakan pada tiga buah bangunan yang menempatkan simpanan kereta terpakai.

Angin kencang, hujan lebat, rugi RM2 juta 20 kereta mewah rosak ditimpa bumbung

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*