Gempar !!! ‘Virus zombi’ berusia 50,000 tahun ‘muncul’ semula

Gempar !!! ‘Virus zombi’ berusia 50,000 tahun ‘muncul’ semula. Fenomena pemanasan global membawa kepada kemunculan semula virus purba daripada orang mati menerusi penemuan ‘virus zombi’ yang selama ini membeku.

Penemuan itu berlaku akibat pencairan ais di Hemisfera Utara Bumi, lapor akhbar Metro UK semalam.

Sepasukan saintis dari Pusat Penyelidikan Saintifik Kebangsaan Perancis (CNRS) menghidupkan semula beberapa virus yang ditemui untuk mengenalinya dengan lebih baik.

Sebanyak 13 virus beku telah ditemui dalam tujuh sampel berbeza dari permafros Siberia dan salah satu daripadanya berusia hampir 50,000 tahun.

“Kajian ini mengesahkan kapasiti besar virus asid deoksiribonukleik (DNA) yang menjangkiti Acanthamoeba (sejenis amoeba) untuk kekal berjangkit selepas lebih daripada 48,500 tahun berada di dalam permafros,” demikian menurut kajian yang diketuai oleh ahli mikrobiologi, Jean-Marie Alempic.

Kebanyakan virus yang ditemui dalam kajian itu dicadangkan adalah sebahagian daripada keluarga Pandoraviridae virus yang mempunyai DNA dua rantaian dan menjangkiti amoeba.

“Berapa lama virus ini boleh kekal berjangkit sebaik sahaja terdedah kepada keadaan luar (cahaya UV, oksigen, haba) dan kemungkinan besar ia akan menjangkiti perumah yang sesuai dalam selang waktu itu, masih mustahil untuk dianggarkan,” kata kajian itu.

Bagaimanapun, analisis yang lebih mendalam diperlukan untuk menentukan lebih banyak maklumat tentang virus.

Gempar !!! 'Virus zombi' berusia 50,000 tahun 'muncul' semula

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*