Disebabkan gagal membayar hutang, seorang wanita ditampar di bahagian muka dengan kulit durian dalam kejadian yang berlaku di Thailand.
Memetik laporan msnews, wanita tersebut meminjam wang bernilai sekitar RM2,451 (20,000 baht) bersama rakannya daripada seorang ‘Ah Long’ pada tahun 2021.
Difahamkan, dia membayar hutangnya secara ansuran tetapi terlepas beberapa bayaran yang telah dijadualkan akibat perniagaan yang merudum kerana pandemik Covid-19.
Disebabkan mempunyai tunggakan hutang, wanita berkenaan dan rakannya diugut serta rumah mereka diserang oleh pemungut hutang.
Selain itu, si pemungut hutang memberikan jalan penyelesaian dengan meningkatkan jumlah hutang menyebabkan dia dan rakannya terpaksa membayar sebanyak 700,000 baht (RM85,817).
Dikatakan, rakan kepada wanita itu kemudiannya bersembunyi, menyebabkan dia terpaksa menghadapi ancaman seorang diri.
Wanita itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Mueng Lamphun, namun mendakwa bahawa tiada sebarang tindakan diambil dan masih diugut sehingga sekarang.
Turut baca
- {VIDEO} “Keterdesakan hidup bukan alasan…” Rider ‘kantoi’, curi barang dalam bakul motor
- {VIDEO} “Tak putus asa lambai tangan…” Lelaki jatuh ‘flyover’ lega akhirnya ada sudi berhenti tolong
- {VIDEO} “Sanggup berkaki ayam…” Bagi atlet Jamaica pinjam kasut, tindakan ‘coach’ Malaysia buat penonton sebak
Leave a Reply