{VIDEO} “Batal nikah last minute…” Lelaki ‘buruk siku’ serang bekas kekasih minta pulangkan hadiah pemberian

Apabila menjalin hubungan percintaan, sudah pasti lelaki akan mencuba sedaya upaya menunjukkan effort dengan pelbagai cara dan antaranya adalah memberi hadiah kepada pasangan.

Tetapi sering kita dengar apabila satu pasangan sudah tidak meneruskan hubungan, barang yang diberi kepada pasangan kebarangkalian akan diminta semula. Sama seperti seorang lelaki yang tular di TikTok baru-baru ini.

Lelaki terbabit difahamkan telah mengasari teman wanitanya di sebuah ruangan hotel dan pergelutan itu dileraikan oleh orang awam yang berada di tempat terbabit.

Difahamkan, pasangan itu sebenarnya merupakan pasanagn bertunang dan akan bernikah tidak lama lagi tetapi lelaki berstatus orang kaya itu telah membatalkan perkahwinan mereka dan meminta wanita itu memulangkan semula barang pemberian yang diberikan sebagai hadiah.

Lelaki terbabit berasa berang apabila wanita itu enggan memulangkan semula telefon bimbit yang diberi olehnya kerana mahu memberikan telefon itu kembali adiknya pula.

Sehingga kini, kedua-dua keluarga masih belum membincangkan hal pembatalan perkahwinan bekas kekasih itu dan dua-dua pihak mahu mengheret isu yang berlaku ini kepada undang-undang untuk mendapatkan keadilan.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*