Sempena menyambut Hari Polis ke-215, pelbagai persembahan telah diadakan di Dataran Merdeka untuk tontonan umum.
Di dalam kepelbagaian aktiviti di sana, lagak aksi anggota polis trafik pula menjadi buah mulut warganet.
Menerusi sorotan yang dikongsi oleh Malaysia Gazette, menyaksikan kemeriahan di Dataran Merdeka dengan kunjungan orang ramai untuk menyaksikan persembahan daripada unit itu.
Antara persembahan yang ditunjukkan adalah aksi ‘wheelie’ dan ‘wikang’ dengan menggunakan motor polis.
Aksi itu menjadi perdebatan dalam kalangan netizen bilamana ada yang mempersoalkan kewajaran anggota berbuat demikian di depan khalayak.
Namun, dalam waktu sama pihak mereka akan mengambil tindakan jika penunggang motosikal berbuat perkara yang sama di luar sana.
Adapun begitu, sebahagiannya pula tidak seharusnya itu berbangkit kerana aksi yang dilakukan adalah dalam kawalan dan bagi tujuan persembahan bukan pertandingan.
Turut baca
- Tak sempat belanja hasil samun, 3 lelaki dicekup
- {VIDEO} Wanita hamil berdepan detik cemas didatangi lelaki baran, ini berlaku selepas itu
- {VIDEO} “Tak putus asa lambai tangan…” Lelaki jatuh ‘flyover’ lega akhirnya ada sudi berhenti tolong
Leave a Reply