TMJ, Ayob Khan bincang isu keselamatan dan semasa

Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim difahamkan bertemu Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay membincangkan beberapa perkara khususnya isu keselamatan dan semasa.

Biarpun tidak dinyatakan secara tepat topik perbincangan, kemungkinan pertemuan terbabit turun membincangkan isu keselamatan pemain bola sepak tempatan.

Menerusi satu perkongsian di laman sosial The Royal Johor hari ini, Tunku Ismail yang juga pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima mengadap Ayob Khan hari ini.

“Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YDH DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara pada hari ini, 5 Mei 2024.

“Perbincangan sesi pertemuan tersebut tertumpu kepada aspek-aspek keselamatan dan isu-isu terkini berkaitan Polis DiRaja Malaysia. Allah Peliharakan Sultan,” tulis The Royal Johor.

TMJ, Ayob Khan bincang isu keselamatan dan semasa
TUNKU Ismail (kanan) mengadakan perbincangan dengan Ayob membincangkan aspek-aspek keselamatan dan isu-isu terkini.

Terdahulu, kecoh apabila pemain sayap kebangsaan, Akhyar Rashid dipukul dan disamun oleh individu tidak dikenali di Kuala Terengganu, Khamis lalu.

Hari ini, seorang lagi bintang bola sepak negara Faisal Halim menjadi mangsa disimbah asid oleh dua individu yang tidak dikenali.

Ia berlaku di sebuah pusat membeli belah di Damansara dan pemain Selangor FC itu ketika ini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta.

Difahamkan kes berkenaan sedang disiasat pihak polis dan motif kejadian masih belum diketahui.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*