Wanita berdepan ‘mimpi ngeri’, temui 8 lipas dalam tose

Seorang wanita mengalami ‘mimpi ngeri’ apabila lapan ekor lipas ditemui di dalam tose yang dijamah di sebuah kedai kopi di New Delhi, lapor portal berita Berzinga kelmarin.

Dia kemudian berkongsikan video di laman Instagram bagi menceritakan kisahnya dan menunjukkan bukti kepada netizen.

“Kami memesan dua tose, dan tidak lama selepas beberapa gigitan, saya melihat sesuatu yang aneh lalu mengambilnya dari makanan.

“Ia adalah lipas! Terdapat lapan ekor lipas dalam satu tose,” tulisnya.

Wanita tersebut selain itu turut menyebut mengenai dapur kedai yang berbau busuk.

Susulan kejadian itu, wanita berkenaan membuat laporan polis berhubung aspek kebersihan di premis tersebut.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*