{VIDEO} “Turun lempang je…” Budak perempuan tunjuk isyarat lucah, penumbuk buat bayi nangis ketakutan

Tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang kanak-kanak yang tidak terurusan mendekati sebuah kereta dipercayai ketika berada disebabkan kesesakan jalan raya.

Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai 8hannels, dapat dilihat kanak-kanak perempuan itu menunjukkan isyarat lucah selain turut menghulurkan penumbuk kepada penumpang kereta berkenaan.

Tidak hanya itu sahaja, kanak-kanak itu seolah-olah cuba memprovokasi penumpang kereta berkenaan dengan riak wajanya apabila mengetahui dirinya dirakam.

Menerusi video berdurasi 12 saat itu juga dapat didengari tangisan suara bayi yang dipercayai ketakutan akan tindakan kanak-kanak berkenaan.

Rata-rata warganet meluahkan rasa geram akan sikap kanak-kanak berkenaan yang dikatakan agak kurang ajar.

Malah, mereka juga berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap golongan seperti ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*