{VIDEO} Cuaca terlampau panas, penduduk buat eksperimen goreng telur undang perhatian ramai

Cuaca panas yang melanda Pantai Timur ketika ini menyebabkan ada penduduk di Terengganu melakukan eksperimen menggoreng telur sehingga mengundang perhatian orang ramai.

Menerusi perkongsian video di TikTok oleh @hempedu_manis, penduduk dilihat meletakkan kuali yang berisi minyak di bawah terik cahaya matahari.

Berdasarkan rakaman, kuali itu dibiarkan di luar dan di bawah cuaca panas selama dua jam.

Sebaik sahaja telur itu dipecahkan, percikan minyak mula kedengaran dan telur berkenaan mula masak menjadi ‘telur mata’.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi.

“Dua jam biar di situ memang masaklah telur itu sebab besi dah panas sangat,” komen @gfety.

“Saya jemur baju, bantal kusyen pun cepat je kering. Memang panas sungguh,” komen @leesei

“Benda pernah berlaku macam ini sebab cuaca panas sangat. Jadi tak pelik pun kalau telur boleh masak,” komen @zuhairi.

Sehingga kini video tersebut mendapat 202,700 tontonan, 4,541 perkongsian dan 863 perkongsian.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*