Datuk bandar benarkan majlis kahwin tanpa seurat benang

Sebuah pantai di Itali akan membenarkan bakal suami dan isteri melangsungkan perkahwinan dalam keadaan tanpa seurat benang, lapor saluran berita CNN semalam.

Pihak berkuasa tempatan membenarkan penganjuran majlis perkahwinan tanpa berpakaian itu di Pantai Is Benas.

Datuk Bandar San Vero Milis, Luigi Tedeschi berkata, pihak berkuasa mendapat idea itu apabila sepasang kekasih dari Jerman menulis surat untuk bertanya sama ada mereka boleh berkahwin dalam keadaan tidak berpakaian di pantai.

“Saya fikir kita hidup dalam masa yang sukar untuk kebebasan rakyat.

“Jadi, saya fikir kita perlu melakukan perkara untuk menunjukkan bahawa orang ramai adalah bebas. Kebanyakan orang mahukan kebebasan,” katanya.

Beliau yang menjadi datuk bandar sejak 2015 memberitahu CNN bahawa bahagian tengah pantai Is Benas sentiasa dikunjungi oleh golongan tidak sukakan pakaian.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*