{VIDEO} “Semangat anak Malaysia…” Lelaki diam-diam pinjamkan baju pada pelajar Cina untuk masuk kelas

“Semangat anak Malaysia…” Lelaki diam-diam pinjamkan baju pada pelajar Cina untuk masuk kelas.  Tindakan seorang lelaki ‘misteri’ menjadi bualan dan perhatian netizen apabila dia dengan rela hatinya meminjamkan bajunya kepada seorang calon memandu berbangsa Cina.

Menerusi video yang dikongsi oleh Eqramm Azizi, memaparkan detika kejadian bilamana lelaki itu membuka bajunya untuk diberikan kepada calon berkenaan di luar pusat latihan memandu.

Difahamkan, calon tersebut tidak dibenarkan menduduki ujian kerana memakai baju t-shirt tidak berkolar.

Sudahlah baik hati, cara lelaki itu memberi baju miliknya juga dipuji kerana penuh sopan santun dan beradab.

Dalam waktu sama, ada pula yang tertanya-tanya akan motif lelaki tadi memakai baju sehingga dua lapis selepas mereka mendapati ada lapisan lain selepas baju berkolar miliknya dibuka.

Tampil menjelaskan kekeliruan itu, anak kepada lelaki berkenaan menjelaskan sebab ayahnya memakai baju dua lapis, malah sudah menjadi kebiasaan buat ayahnya memakai sebegitu.

{VIDEO} "Semangat anak Malaysia..." Lelaki diam-diam pinjamkan baju pada pelajar Cina untuk masuk kelas

{VIDEO} "Semangat anak Malaysia..." Lelaki diam-diam pinjamkan baju pada pelajar Cina untuk masuk kelas

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*