Menakutkan !!! Tegur konsert haram, ini terjadi pada Imam Masjidil Haram

Menakutkan !!! Tegur konsert haram, ini terjadi pada Imam Masjidil Haram.  Mahkamah Rayuan Jenayah Khas di Riyadh membatalkan pembebasan bekas Imam Masjidil Haram, Sheikh Saleh Mohammed al-Talib sekali gus hukuman penjara 10 tahun terhadapnya dikekalkan.

Sheikh Saleh ditahan pada 2018 selepas menyampaikan khutbah yang mengkritik Pihak Berkuasa Hiburan Umum iaitu badan kerajaan yang bertanggungjawab mengawal selia industri hiburan di Arab Saudi.

Bekas imam itu mengecam konsert dan acara keramaian yang menyimpang daripada ajaran agama dan norma budaya Arab Saudi.

Kumpulan Hak Asasi berpangkalan di Amerika Sysrikat, Democracy for The Arab World Now (Dawn) mendedahkan, beliau ditahan tanpa sebarang alasan selepas menyampaikan khutbah.

Hukuman penjara ke atas Sheikh Saleh disahkan Dawn, kumpulan yang diasaskan wartawan Jamal Khashoggi yang mati dibunuh, melalui ciapan Twitter.

Jurucakap Dawn, Abdullah Alaoudh mengecam hukuman penjara lantaran keberanian beliau bersuara menentang pembaharuan yang dilakukan di Arab Saudi.

“Mereka ditangkap hanya kerana menyatakan pendapat secara aman. Penindasan ini perlu dihentikan terhadap semua orang tanpa pengecualian,” katanya.

Penahanan itu dilakukan ketika Putera Mahkota Saudi, Mohammed Salman meneruskan usaha mereformasi masyarakat Arab Saudi dengan menahan berpuluh-puluh ulama dan imam terkemuka yang mengkiritk agenda pembaharuan.

Antara ulama lain yang pernah ditahan ialah Salman al-Odah yang menyeru rakyat Arab Saudi mendamaikan perbezaan dengan Qatar selepas Riyadh mengetuai sekatan ke atas negara teluk itu.

Menakutkan !!! Tegur konsert haram, ini terjadi pada Imam Masjidil Haram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*