{VIDEO} Tolong! Tolong! Murid berdepan detik menakutkan selepas dikejar anjing liar di PJ

SEORANG murid sekolah berdepan detik menakutkan selepas dikejar oleh sekumpulan anjing liar dalam satu kejadian berdekatan sebuah flat dekat Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa lalu.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 7.18 pagi itu dirakam oleh seorang penghuni tingkat atas di bangunan perumahan tersebut.

Berdasarkan klip, budak lelaki berkenaan pada awalnya baru sahaja keluar daripada kawasan perumahan flat tersebut dan berjalan kaki menyeberang untuk menuju ke pintu masuk sekolah.

Turut baca :

Bagaimanapun, sekumpulan anjing kemudiannya dilihat mengekori untuk menyerangnya.

Menyedari situasi yang berlaku, dia kemudiannya segera berlari dan menjerit meminta pertolongan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*