{VIDEO} ‘Selain terkejut, ini kali pertama lihat puting beliung’, kata penduduk

‘Selain terkejut, ini kali pertama lihat puting beliung’, kata penduduk. Penduduk di Guar Chempedak di sini gempar apabila melihat pusaran angin seperti puting beliung melanda satu kawasan di situ pada petang ini.

Penduduk, Abd. Rashid Mohd. Darom, 36, berkata, dia menyedari pusaran itu ketika berada di luar rumah di Taman Chempedak Indah, Guar Chempedak kira-kira pukul 5.17 petang semalam.

“Saya terkejut kerana ini merupakan kali pertama saya menyaksikan puting beliung depan mata sebelum merakamkan pusaran tersebut sehingga hilang,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, pusaran itu kelihatan sampai ke bawah, namun tidak pasti sama ada ia melanda kawasan daratan atau tidak.

“Semoga tiada kawasan perumahan yang terjejas akibat kejadian puting beliung itu,” ujarnya.

Abd. Rashid kemudian memuat naik video rakaman tersebut di akaun TikTok Rashid Darom Jawa.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*