Kanak-kanak maut tercampak keluar dari MPV

Kanak-kanak maut tercampak keluar dari MPV. Seorang kanak-kanak dan wanita maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu menghala ke pusat bandar di sini, awal pagi tadi.

Difahamkan kejadian kira-kira jam 3.50 pagi itu berlaku selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza yang dinaiki enam individu termasuk dua mangsa itu dikatakan terbabas sebelum terlanggar penghadang jalan.

Akibat pelanggaran itu, kanak-kanak berkenaan dikatakan terpelanting keluar dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Turut baca :

Kanak-kanak maut tercampak keluar dari MPV

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*