{VIDEO} “Seinci lagi nak rempuh budak lintas jalan secara melulu…” Ingatkan selamat, rupanya…

“Seinci lagi nak rempuh budak lintas jalan secara melulu…” Ingatkan selamat, rupanya…

Tindakan pantas seorang pemandu mengawal kenderaannya daripada melanggar seorang kanak-kanak di wilayah Gursu, Turkey baru-baru ini menerima pujian orang awam.

Memetik laporan media antarabangsa, kanak-kanak perempuan yang hanya dikenali sebagai H.C secara tiba-tiba berlari ke tengah jalan raya.

Pemandu yang secara kebetulan melalui kawasan tersebut, sempat mengawal kenderaannya dan terus membelok ke kiri.

Walaupun kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan namun malang nasib yang menimpa pemandu berkenaan kerana dia terpaksa menelan kos belanja yang tinggi untuk membaiki keretanya itu.

Manakan tidak, melalui rakaman kamera litar tertutup berkenaan, pemandu tersebut dilihat melanggar sebuah bas mini yang diparkir di kawasan tersebut.

Pada masa sama, jelas kelihatan kereta yang dipandunya itu mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*