{VIDEO} Selain ‘ngilu’ lihat tangan terputus ‘melekat’ bawah lori, kedengaran suara perakam mangsa juga ‘hilang kepala’

Selain ‘ngilu’ lihat tangan terputus ‘melekat’ bawah lori, kedengaran suara perakam mangsa juga ‘hilang kepala’

Satu kemalangan maut dilaporkan berlaku membabitkan sebuah motosikal bersama lori dalam kejadian dipercayai berlaku berdekatan Seri Bengkal di Parit Yaani, Batu Pahat, Johor, pada Selasa.

Video mengenai kemalangan ngeri itu tular menerusi satu perkongsian video yang beredar di aplikasi WhatsApp.

Berdasarkan klip tersebut, sebuah lori dilihat berada dalam keadaan terbalik di tepi jalan berdekatan sebuah parit akibat kemalangan tersebut.

Mayat seorang individu dilihat turut terbaring di atas rumput di tepi jalan terbabit tidak jauh dari lori terlibat.

Dalam pada itu, lebih mengerikan, video berkenaan turut memaparkan tangan mangsa yang terbabit dalam kemalangan maut itu dilihat melekat di palang besi bahagian bawah hadapan lori terbabit.

Turut kedengaran suara perakam memaklumkan bahawa mangsa juga dipercayai ‘hilang kepala’ akibat pelanggaran tersebut namun tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Jumlah mangsa terkorban dan punca kejadian juga belumdapat dipastikan setakat ini.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*