{VIDEO} “Pesalah boleh dipenjara sehingga dua tahun…” Dihalang guna laluan kecemasan, warga Singapura mengamuk guna tongkat

POLIS mengesahkan berlaku perselisihan faham susulan kejadian pergaduhan melibatkan pengguna jalan raya di Kilometer 139.6 Lebuhraya Utara-Selatan, Pagoh, Johor pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya menerima satu laporan berkenaan kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.58 petang.

“Ketika kejadian, beliau berkata, pemandu Mitsubishi dengan nombor plat Singapura dilihat cuba melanggar seorang lelaki sebelum keluar dari kenderaan sambil membawa tongkat kayu untuk memukul pemandu Innova,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Kejadian juga dilaporkan berlaku berpunca daripada ketidakpuasan hati suspek kerana dihalang menggunakan laluan kecemasan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang mana pesalah boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, pihak polis turut dilaporkan sedang giat mengesan suspek bagi membantu siasatan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*