Tuhan bayar cash! Kerap gugur kandungan luar nikah, wanita diuji zuriat ‘tak lekat’ selepas kahwin

Tuhan bayar cash! Kerap gugur kandungan luar nikah, wanita diuji zuriat ‘tak lekat’ selepas kahwin.

Tanpa pedoman agama manusia mudah hilang pertimbangan tatkala diuji dengan nafsu dan godaan syaitan.

Begitulah kisah wanita ini yang hanyut dalam godaan hingga beberapa kali terlanjur dengan lelaki yang kini bergelar suami sejak mereka berusia 16 tahun.

Kerap melakukan dosa itu tanpa memikirkan kesan buruk, dia akhirnya disahkan hamil pada usia 17 tahun semasa menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Masa tu tak boleh fikir apa, teruskan dengan gugurkan (kandungan),” katanya.

Malangnya perbuatan terkutuk itu tidak berhenti selepas menggugurkan kandungan, sebaliknya ia berterusan seperti tiada apa yang berlaku.

“Apabila dah kena (hamil luar nikah) pun masih lagi buat. Tak fikir benda tu salah. Enjoy buat benda salah, konon macam dah kahwin.

“Lepas tu boleh kira dalam empat ke lima lagi mengandung, pergi klinik minta pil cuci darah. Selesai,” katanya.

Wanita itu berkata, mereka akhirnya berkahwin secara sah pada usia 22 tahun selepas teman lelaki mengajaknya untuk menghalalkan hubungan.

Namun tanpa diduga, dia sekali lagi disahkan hamil beberapa bulan sebelum majlis pernikahan, sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai perbuatan mereka akan terbongkar.

“Risau nanti kantoi masa nak ambil ujian HIV. Tapi lepas, terus pergi klinik dan ambil pil lagi. Ngam-ngam nikah turun darah.

“Orang ingatkan period (haid). Kita gelak je apabila orang kata tak rasa malam pertama,” ujarnya lagi.

Benarlah kata orang, setiap perbuatan yang dilakukan itu pasti akan mendapat balasan daripadaNya.

Luah wanita itu, dia dan suami diuji selepas mendirikan rumah tangga apabila mereka sukar untuk menimang cahaya mata sehingga timbul perasaan seperti tiada harapan.

“Rasa putus asa sebab selepas kahwin ingat senang dapat anak, sekali susah ye. Dekat tiga kali gugur, tak lekat. Tahan dua minggu selepas tu gugur.

“Sedih sangat masa tu. Rasa macam mungkin dosa atau balasan untuk aku dan suami,” katanya sebak.

Bagaimanapun dia bersyukur apabila akhirnya dikurniakan seorang cahaya mata yang kini berusia dua tahun.

Kesulitan yang berlaku ternyata memberi tamparan hebat buat dia dan suami, dan berpesan kepada pasangan lain supaya menjauhi perbuatan zina.

“Sumpah bertaubat la anda. Jujur aku nampak balasan yang kami dapat cash! Banyak sangat tak boleh nak cerita semua, tapi hari-hari kami berdoa.

“Aku suruh bertaubat, bukannya suruh ikut cara aku cuci-cuci ni. Aku cerita pengalaman aku. Berapa banyak perempuan yang hamil luar nikah dan ditinggalkan boyfriend dan famili.

“Sebab itu aku suruh taubat. Benda sedap kejap je nikmat. Apabila susah kau seorang,” katanya yang berharap mengenai kisahnya yang berlaku sejak kira-kira sembilan tahun lalu itu dijadikan iktibar dan pengajaran.

Mengenai hal berkaitan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengulas pertanyaan mengenai adakah gugur dosa seorang penzina dengan bertaubat tanpa menjalani sebarang hukuman dan perbuatannya itu tidak diketahui sesiapa.

Menurutnya, para ulama bersepakat bahawa hukuman ke atas penzina yang sudah bertaubat gugur selagi mana perbuatan tersebut tidak diadukan kepada hakim.

“Justeru, perbuatan yang lalu itu termasuk dalam perkara yang disembunyikan aibnya oleh Allah SWT. Ini menunjukkan bahawa Allah masih memberinya peluang untuk bertaubat kerana pintu taubat sentiasa terbuka.

“Maka hendaklah pelakunya itu segera bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat dan berjanji tidak akan mengulangi dosa tersebut lagi,” menurut pejabat mufti.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*